Lifestyle

ALFARO agih sumbangan baju raya kepada 1,000 anak yatim, rancang perluas ke negeri lain

The Alfaro Group

MALAYSIA UNITED ARAB EMIRATES CHINA

Home / About Us

ALFARO agih sumbangan baju raya kepada 1,000 anak yatim, rancang perluas ke negeri lain

Dalam usaha menyemarakkan semangat Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, butik pakaian terkenal ALFARO Sdn Bhd meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka dengan menyantuni 1,000 anak yatim serta asnaf dari Selangor, Pahang, Johor, dan Melaka menerusi sumbangan baju raya.

Sebagai jenama fesyen yang sentiasa menyokong usaha kemasyarakatan, ALFARO mahu memastikan golongan anak yatim dan fakir tidak terpinggir dalam menyambut perayaan Aidilfitri.

Program ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi kegembiraan kepada mereka tetapi juga sebagai satu bentuk sokongan moral agar mereka dapat merasai kehangatan Syawal seperti orang-orang lain.

Antara rumah-rumah anak yatim dan agensi yang terlibat ialah ialah Pertubuhan Kebajikan Pendidikan Halimatusaadiah, Akademi Tahfiz Al Quran Vokasional Al Muttaqin, Yayasan Gemilang, Maahad Tahfiz Al Quran Darul Manar, Rumah Kanak-Kanak Mini Selangor, Pertubuhan Sukarelawan Jalinan Kebajikan Masyarakat, Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor (Rumah Bakti Dato’ Harun) dan Pusat Jagaan Terapi Autistik Nouri.

Pengasas ALFARO, Mr. Farooq Ahmed (baju hitam) bersama Fasha Sandha pada program sumbangan baju Raya.

Menurut Ketua Pegawai Operasi ALFARO, Muhammad Irfan, sumbangan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat untuk terus berbakti kepada masyarakat.

“Baju raya mungkin nampak seperti perkara kecil bagi sesetengah orang, tetapi bagi mereka yang kehilangan ibu bapa dan menghadapi dugaan hidup, ia memberi makna yang besar.

Muhammad Irfan

“Kami mahu melihat anak-anak yatim dan fakir ini tersenyum dan berasa dihargai. Kami berharap usaha ini dapat memberi sinar kebahagiaan kepada mereka dalam menyambut hari raya,” katanya.

Perluas sumbangan ke negeri lain

Pengasas ALFARO, Mr. Farooq Ahmed.

Sementara itu, Pengasas ALFARO, Mr. Farooq Ahmed, berkongsi “Jika sebelum ini kami menumpukan sumbangan kepada rumah anak yatim dan fakir di sekitar Lembah Klang, kali ini kami mengambil keputusan untuk memperluaskan inisiatif ini ke negeri lain.

Kami mahu lebih ramai anak-anak yatim serta asnaf mendapat manfaat daripada program ini, terutama mereka yang berada jauh dari ibu kota.

Mr. Farooq Ahmed

Majlis penyampaian sumbangan ini menjadi lebih istimewa dengan kehadiran duta ALFARO, Fasha Sandha, yang sanggup meluangkan masa walaupun dengan jadual kerja yang padat.

Duta ALFARO, Fasha Sandha menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima.

Kehadirannya memberikan suasana yang lebih meriah apabila beliau beramah mesra dan turut berkongsi kegembiraan bersama anak-anak yatim yang hadir.

ALFARO juga dalam perancangan untuk meneruskan program kebajikan sebegini pada masa akan datang, seiring dengan pembukaan beberapa cawangan baharu mereka yang akan diumumkan kelak.

Usaha ini mencerminkan komitmen ALFARO dalam menyumbang kembali kepada masyarakat dan memastikan lebih ramai golongan memerlukan dapat menikmati kebahagiaan, terutama pada musim perayaan.

Kredit gambar: MNT Press

Duta jenama ALFARO, Fasha Sandha, turut berkongsi rasa syukur kerana program ini berjalan lancar walaupun melibatkan jumlah penerima yang besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *